KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata ia bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya khususnya melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju.
“Hal ini disokong dengan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) yang mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju.
“Isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera tersebut adalah mencecah 99 peratus secara keseluruhannya dan seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan kamera AWAS,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Suhaimi Nasir (BN - Libaran) mengenai status terkini cadangan bagi menambah dan menggantikan unit kamera AWAS di Dewan Rakyat pada Rabu.
Mengulas lanjut, Hasbi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menambah lebih banyak kamera AWAS namun bukan dalam bentuk seperti yang ada sekarang.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, segalanya masih dalam kajian dan kosnya juga belum dapat dikongsikan kepada orang awam.
Begitupun, katanya kos tersebut dapat diketahui dan diumumkan selepas kajian pihaknya selesai.
Ridauddin Daud
Wed Nov 01 2023
Datuk Hasbi Habibollah berkata, cadangan itu bagi mengurangkan risiko kemalangan yang berpunca daripada ketidakpatuhan kepada peraturan jalan raya. - Gambar/ Bernama
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Gagal audit: 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung sepanjang 2023
Perkhidmatan 94 syarikat pengendali kenderaan barangan digantung selepas mereka gagal dalam proses audit pada tahun 2023.
Konsesi ERL: Kadar tambang ikut pasaran dapat pacu inovasi perkhidmatan
ERL perlu bertindak menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan sejajar dengan harga tambang yang ditetapkan.
Kemalangan jalan raya: Kerajaan cadang tambah kamera AWAS
MoT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memasang kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di lokasi yang mempunyai kadar kemalangan tinggi.
Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.
Lesen B2 Program MyLesen kompeten - Hasbi
Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Hab
Laporan kajian penggunaan kamera badan dijangka selesai September ini
Hasbi berkata, kementeriannya sedang memperhalusi penggunaan BWC demi memastikan kualiti perkhidmatan anggota penguat kuasa.
Kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan tidak boleh dikurangkan demi keselamatan
Kementerian Pengangkutan tidak boleh sewenang-wenangnya menurunkan kadar kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan bagi menjamin soal keselamatan pengguna jalan yang lain.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
Op Bersepadu: JPJ Sarawak kenal pasti 53 lokasi kerap kemalangan
JPJ Sarawak akan mempertingkatkan pemantauan di 53 lokasi jalan raya di seluruh negeri ini yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan menjelang musim perayaan Aidilfitri.